Pages

Sep 27, 2016

Aku pergi.

Dah sebulan berlalu.
Aku decide untuk pergi jauh dari hidup Imran lepas aku rase antara kami tak kan seperti yg aku mahukan.
Plus, terlalu sangat bertekak bende remeh dan mengguris hati masing2.

Rindu.
Masakan tak rindu.
Tapi merindu Imran sedari 6 tahun lepas membuat aku percaya.
How much i love him, i can still breathe without him.

Biarlah kadang air mata menitik secara tak ada logika.
Tengah makan nasi ayam tetiba air mata bertakung.
Tengah buat kerja kat office tetiba sembam muka di meja.
Tengok setiap penjuru nampak dia.
Naik kereta rasa dia di sebelah.
Biarlah.
Daripada ada dekat tapi asyik bergaduh dah menghiris hati masing2.

Sekarang mungkin lebih baik
*Diam*
*Kesat air mata*

Ya aku rindu.
Apa khabar dia sekarang. Aku tak tau.
Rindu ke dia kat aku.
Pun aku tak tau. Last time he called me. Aku biarkan tanpa berjawab.
Sebab pada aku tak ada sebab kenapa aku perlu jawab.
Biarlah hati ini menanggung rindu hingga sebak menyucuk hati.
Aku dah buat keputusan.
Aku nak pergi.

Aku percaya, jodoh kami tiada.
Aku silap bila aku rase kami masih ade peluang.
Silap besar.

Aku anggap itu ujian hidup aku.

Ya Allah,
Jagalah dia,
Pelihara lah dia.
Sayangnya aku untuk dia, aku hanya mampu berdoa,

Ampunkan dosa kami Ya Allah.
Semoga semua yang baik2 sahaja untuk aku dan juga dia.
Semoga dia bahagia dengan jalan hidupnya
Dan aku dengan jalan hidup ku.
Ameen.

Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

No comments:

Post a Comment