Pages

Apr 15, 2013

Monolog Hati

Bila belakang kita di tikam tanpa sedar, ia telah pun meninggalkan luka tanpa kita sedar juga.
Dan bila kita sedar, luka bertambah dalam.
Sakit. Masakan tidak

Hidup, mana pernah lekang dari masalah.
Masalah sentiasa ada. Bila berdepan dengan manusia -manusia hati busuk penuh dengki, dengan apakah mampu untuk bertahan?

Hati terkesima.
Hati terguris.
Hati terkilan.

Langsung hati berdarah tanpa tahu bila kan terubat.

Ya, aku di tikam.
Sakit berdarah dalam kerana aku memberi percaya yang sangat tinggi.
Ketahuan di tikam membuat aku terduduk terjelepuk menggigil.

Aku tidak sangka aku akan mengalami ini di pejabat tempat aku bekerja.

Kalau ikotkan emosi, memang semena aku mahu hulurkan surat berhenti.
Tapi, komitmen kuat mencengkam hidup.
Lari bila rasa keliru dan marah.
Itu memang aku.

Teman sekerja apekah yg menikam teman sekerjanya sendiri.
Berlagak bagus dengan menjatuhkan org yg paling mempercayainya.
Terdesak sangatkah dengan hidup?
Hinggakan kerana wang, apa pun kau sanggup.

Sekarang aku tidak pelik jika orang yang berhati kering sangat berleluasa dan begitu membencikan.
Bila hati yang penuh warna, ceria, dan kasih sayang di khianati.
Sekelip mata bertukar hitam, suram dan kontang.

Apa pun, aku bersyukur.
Setiap sakit yg aku rasa, aku percaya Allah itu adil.
Aku akan cuba berubah kepada better person.

Terima Ya Allah untuk dugaan dan kesakitan.


Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

No comments:

Post a Comment