Pages

Dec 9, 2011

Ombak Rindu & Twilight : The Breaking Dawn

Hai! Assalamualaikum!
Hari ni aku macam banyak masa lapang siap buat entri citer pasal filem bagai.Hahaha. Feeling tuh penting! Sebab tu aku gigih nak buat entri ni.

*Lagu latar masa aku taip entri ni : OST Ombak Rindu By Adira & Hafiz*

Ok, aku bagi komen 2 movie sekaligus since both di adaptasi dari novel.
Untuk Ombak Rindu, aku mengreviu dari kaca seorang pembaca novelnya.
Untuk Twilight dari kaca seorang yang hanya menonton filemnya, tapi tidak membaca novel2 nya.

OMBAK RINDU
  • Seingat aku, aku baca novelnya masa secondary school. Tapi tak ingat sangat bila. Even aku tak ingat 100% jalan ceritanya, atleast 70% masih terpahat kat kepaleotak aku macam mana watak Hariz yang garang gile nak mampus layan Izzah macam hamba sampailah ending dia happily ever after.
  • Bila derang2 buat filem untuk Ombak Rindu, haruslah excited memuncak2 nak tengok.
  • Aku dah pon tengok. Tapi ape kau boleh expect novel setebal dua, tiga ratus muka surat diolah menjadi filem selama 125 minit.
  • Kepada peminat filem aksi memang aku tak sarankan korang2 tengok cerita Ombak Rindu ni. Takut2 korang carut je lepas habis tengok sebab cerita ni memang hanya pasal cinta, hati & perasaan. Yang Muka Macam Gangster tapi Dalam Hati Ada Taman, pergi tengok!
  • Ok, jalan cerita dalam novel & dalam filem memang tak 100% sama. Maybe dalam 50-60%. Nama pon ADAPTASI. So, tak semestinya 100% samekan.Contoh, dalam novel Izzah tak mengandung. Dalam filem ni Izzah mengandung. Disebabkan ianya movie, ia menjadi satu cerita yang agak berlainan dan kepada pembaca novel, jangan sesedih, enjoy je.
  • Aku tengok dengan orang yang tak baca novel ni. She said cerita ni slow. Aku faham ape die rase. 
  • Siapa yang tak baca novelnya, akan rasa sedikit lost. Tapi tidak bagi pembaca novel Ombak Rindu. Derang2 tau segala intipati.
  • Bagi aku Hariz tak cukup garang. Hariz sepatotnya sangat2 garang dan ego gile.
  • Tapi aku tak ingat, Izzah ade kawan ke kat kampung? Seingat aku takde. Tapi memandangkan kawannya itu punca konflik hati antara Izzah & Hariz, aku faham kenapa watak beliau wujud.
  • Bab feeling2, macam tak berape nk meresap sangat dalam hati aku. Bab sedih, yess! Masa Hariz cakap die nak gantung Izzah. Aku sedih time tu.
  • Aku nak tanye, takde perancangan nak buat drama bersiri ke? Sebab sebagai pembaca novel dia, filem ni tak berape capai kepuasan aku. HAHAHAHAHAHA. Tapi overall okeylaaaah. Aku bagi 3 bintang. Sikit kan. Eh, kau nak bagi 5 bintang kau bagilah. Boleh jeeee.
  • Pasal lagu plak. Masa aku mula2 dengar lagu ni kat yutiub, aku rase macam "apesal lagu kau slow gileee?" Tapi lepas aku tengok filem, aku dah faham kenapa. And aku admit, lagu ombak rindu sedap.
  • Tapi cerita ni sedihlah. Tapi yang siap nanges teresak2 tu aku tak paham kenape.haaa, kenapeee?
TWILIGHT
  • Ok, untuk Twilight, aku bukan lah pembaca novelnye. Dan dalam semua siri, aku tak tengok Eclipse. Aku tengok Twilight, New Moon, terus ke The Breaking Dawn. 
  • First aku nak komen, baju kawen Bella canteeeeeeeeeeeek gileeeeeeeeee! Siyes adore gile baju die! Simple tapi cantek gile!
  • Aku rase cerita die slow. HAHAHAHAHAHA.
  • Aku rase dari dulu lagi aku tensen tengok cerita twilight, sebab aku geram! Nak kena tunggu sambungan macam mana. So, aku rasa yang Part 1 ni slow sebab aku rase yg best2 semua kat Part 2.
  • Tapi kenapa die cut scene mase Bella nak deliver her baby?
  • They said, kat wayang Malaysia, ceritanya tak full. So, maybe sebab tu aku rase macam "eh, kenapelah ceritenye macam ni?"
  • So, overall aku bagi 3 bintang jugak.
  • Since aku tak tengok Eclipse lagi, New Moon still the best for me. Pathetic kan tak tengok eclipse lagi. Sob2. Ade cerita sedih di sebalik itu.
Ha, siapa nak tengok wayang murah, roger aku. Buy 1 Free 1. Miahaahahahahha!! Siyes! Betul! Sumpah tak tipu! Rogerlah cepat! Aku tolong bookingkan. Korang cuma bayar je kat aku. :)

Ok, nak pergi buang duit. Jom!

x.0.x.0
-Aisyah- 
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

4 comments: