Pages

Nov 26, 2011

Pantun Si Kekasih. Eh, bekas kekasih.

Jinak-jinak si cantik merpati,
Hinggap ditangan ku tangkap terbang,
Bagai sunyi kasihmu pergi,
Pergi meninggalkan diriku seorang.

-___-"

Hati-hati wahai sang panglima,
Hati-hati mencemar duli,
Pergi-pergi wahai sang curiga,
Pergilah kau kami tak peduli.

:)

Bersih suci si delima sakti,
Indah dipakai sang perawan kota,
Jika benar rasa dihati,
Lidah pun mula menyusun kata.

^_^

Terbang si burung terbanglah tinggi,
Singgah berehat di dahan kayu,
Kembang terasa digerbang hati,
Kerna terpahat kata "Ku Sayang Padamu"

:)))

Tiada kata secantik bahasa,
Tiada budi seindah pekerti,
Jika sungguh bagai dirasa,
Rasa rindu yang tidak terperi.

>.<

Nasi lemak buah bidara,
Daun selaseh hamba lurutkan,
Rasa tergamak hendak bicara,
Dekat dikasih, jauh dirindukan.

:D

Kalau putih lawannya hitam,
Kenapa diganding menjadi seni,
Walau sedih tak mengapa ku pendam,
Agar kental hatiku ini.

:(

Sri mersing lagulah melayu,
Dikarang oleh orang dahulu,
Hatiku runsing lagi celaru,
Apa puncanya aku tak tahu.

@_@

Selat Melaka indah pandangan,
Jadi singgahan sang rajuna tapa,
Berat berkata disimpan jangan,
Kelak menjadi rajuk nestapa.

-Motif?? Kenangan. Aku abadikan kenangan ni dalam blog ni. Poyo an. Eh, kau ade?? Selama ni aku simpan all this pantun dalam hp aku. Almost 7months. Lame taaaaaak? Sayang tuuu nak delete. Tapi dah delete dah. Sebab now all the pantun dah ade kat sini. Walaweeeeey. Sape curik aku tak halal! Miahahahah!! Perasan ade orang nak curik. Tolonglah aisyah oiii!!!-

-Btw, kepada si pemantun, tahniah! Saya jeles ok 11.11.11!!! Cepatlaaaaa kawen!-

- Again! Selamat Tahun Baru semua! Salam MaalHijrah. Semoga kita semua berhijrah kepada yang lebih baik. Amin :) -

x.0.x.0
-AisyaHaHa-
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

No comments:

Post a Comment