Pages

Sep 27, 2016

Aku pergi.

Dah sebulan berlalu.
Aku decide untuk pergi jauh dari hidup Imran lepas aku rase antara kami tak kan seperti yg aku mahukan.
Plus, terlalu sangat bertekak bende remeh dan mengguris hati masing2.

Rindu.
Masakan tak rindu.
Tapi merindu Imran sedari 6 tahun lepas membuat aku percaya.
How much i love him, i can still breathe without him.

Biarlah kadang air mata menitik secara tak ada logika.
Tengah makan nasi ayam tetiba air mata bertakung.
Tengah buat kerja kat office tetiba sembam muka di meja.
Tengok setiap penjuru nampak dia.
Naik kereta rasa dia di sebelah.
Biarlah.
Daripada ada dekat tapi asyik bergaduh dah menghiris hati masing2.

Sekarang mungkin lebih baik
*Diam*
*Kesat air mata*

Ya aku rindu.
Apa khabar dia sekarang. Aku tak tau.
Rindu ke dia kat aku.
Pun aku tak tau. Last time he called me. Aku biarkan tanpa berjawab.
Sebab pada aku tak ada sebab kenapa aku perlu jawab.
Biarlah hati ini menanggung rindu hingga sebak menyucuk hati.
Aku dah buat keputusan.
Aku nak pergi.

Aku percaya, jodoh kami tiada.
Aku silap bila aku rase kami masih ade peluang.
Silap besar.

Aku anggap itu ujian hidup aku.

Ya Allah,
Jagalah dia,
Pelihara lah dia.
Sayangnya aku untuk dia, aku hanya mampu berdoa,

Ampunkan dosa kami Ya Allah.
Semoga semua yang baik2 sahaja untuk aku dan juga dia.
Semoga dia bahagia dengan jalan hidupnya
Dan aku dengan jalan hidup ku.
Ameen.

Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

Mar 3, 2016

Rindu

Rindu.
Sakit.
Dan jauh.

Perit.
Luka.
Terhiris.
Masakan tidak.

Tiada kata penenang jiwa.
Hanya bahasa yg meruntun lara
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

Feb 5, 2016

Aisyahlism.blogspot

Semalam aku tukar nama blog ni ke aisyahlism.blogspot.com
Then aku ubah fikiran. Aku nak tukar travellerpicisan tu guna nama aisyahlism.
So aku tukar blog emosi peribadi aku ni to haiaisyahlism.blogspot.com

Tp yg aku tak paham, lepas tukar terus aisyahlism tak available. Till now! Arrrrghhh! Yeeee! Merungut. Ape masalahnye merungut di blog sendiri. Hmm. Nampak tak masih sentap mak hayam. Damn!

So, stay with travellerpicisan. I is boring.
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

2 kali

05/02/16

Hari ni saja 2 kali aku sentap.
Pertama sebab aku dikecam seorang yg kuat merungut.
Kedua nak mintak tolong, tapi mcm ape je.

Syahrul pun selalu ckp aku kuat merungut. Tapi ape aku kisah dia ckp. Bila Im ckp aku kuat merungut, aku sentap. Aku cuma ckp internet rumah aku problem n aku stress. Pastu dia compare dengan hp dia yg problem tp dia ok je. Tak ingat ke dulu carut kemain hp rosak.

Ah. Kita manusia ni memang selalu nampak salahnya org dari diri sendiri. Aku nmpk kesalahan org lain. Sama juga org lain nmpk kesalahan aku.
Bezanya cara nk terima saja.

Sigh.

Lepas tu mintak tolong jaga kedai. Bila tanya kenapa, kene sound "ya atay tak. Asyik banyak tanya" 

Terus aku konpius kau ni nk mintak tolong ke ape? Mamposlah tak boleh kalau dah mcm tu!
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

Sep 24, 2013

New Job

Finallyyyyy!

I dont know how to express my self about this, but im totally happy that im gonna start a new job start on 1st October.

U never knew how much i suffer at mydeal. Eventhough my salary like a manager, but the hatred that growing in my heart make me feel like misserable :(

Seriously...

Btw, im lonely. Stilll....arrrghhh
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

Apr 15, 2013

Monolog Hati

Bila belakang kita di tikam tanpa sedar, ia telah pun meninggalkan luka tanpa kita sedar juga.
Dan bila kita sedar, luka bertambah dalam.
Sakit. Masakan tidak

Hidup, mana pernah lekang dari masalah.
Masalah sentiasa ada. Bila berdepan dengan manusia -manusia hati busuk penuh dengki, dengan apakah mampu untuk bertahan?

Hati terkesima.
Hati terguris.
Hati terkilan.

Langsung hati berdarah tanpa tahu bila kan terubat.

Ya, aku di tikam.
Sakit berdarah dalam kerana aku memberi percaya yang sangat tinggi.
Ketahuan di tikam membuat aku terduduk terjelepuk menggigil.

Aku tidak sangka aku akan mengalami ini di pejabat tempat aku bekerja.

Kalau ikotkan emosi, memang semena aku mahu hulurkan surat berhenti.
Tapi, komitmen kuat mencengkam hidup.
Lari bila rasa keliru dan marah.
Itu memang aku.

Teman sekerja apekah yg menikam teman sekerjanya sendiri.
Berlagak bagus dengan menjatuhkan org yg paling mempercayainya.
Terdesak sangatkah dengan hidup?
Hinggakan kerana wang, apa pun kau sanggup.

Sekarang aku tidak pelik jika orang yang berhati kering sangat berleluasa dan begitu membencikan.
Bila hati yang penuh warna, ceria, dan kasih sayang di khianati.
Sekelip mata bertukar hitam, suram dan kontang.

Apa pun, aku bersyukur.
Setiap sakit yg aku rasa, aku percaya Allah itu adil.
Aku akan cuba berubah kepada better person.

Terima Ya Allah untuk dugaan dan kesakitan.


Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!

Feb 21, 2013

Respon

Relax, respect & respon.

Masih ingat?
Yang lahir tahun 80an tidak mungkin lupa.
Kalau lupa pun, mungkin perlu sedikit masa untuk ingat kembali.
Slogan 3R.
Tidak berapa pasti kenapa mereka menghentikan program tv tersebut.

Btw, bukan itu yg aku nk tekan kan sangat.

Aku : Eh, cuti minggu depan ada buat apa2?
teman : takde. Apsal?
Aku : ingat nak ajak pergi tioman. Murah. Satu malam RM70. Tak masuk yg lain2.
Teman : Ooo yeke..murah.. *terus diam*

Nampak tak?

So kita melalui respon kita tau jawapan dalam hati atau dalam kepal si teman.
Boleh Je Kalau Nak Share! Korang!